Tuesday, 29 April 2014

Catuan Air Di 17 Kawasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 kawasan membabitkan 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami catuan air berjadual hanya bermula Khamis ini hingga 31 Mac depan.

Pengarah Eksekutif, Pembangunan Teknikal SYABAS, V Subramanian berkata pengagihan air berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi.
Giliran mendapat air selama dua hari akan bermula dengan kawasan di Zon 1 Kuala Langat dan Sepang serta Zon 2 Hulu Langat pada 27 Februari ini.


Selepas itu, kawasan di Zon 1 Hulu Langat serta Zon 2 Kuala Langat dan Sepang akan mendapat air untuk dua hari bermula pada 1 Mac nanti.

Pada hari dijadualkan mendapat air, bekalan air disediakan pada jam 4 petang sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi dua hari selepas itu.

Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9 pagi pada hari dijadualkan tiada air sehingga jam 4 petang dua hari selepas itu.

Subramanian berkata, pengumuman SYABAS itu sekali gus menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa catuan air akan dimulakan hari ini.

Beliau berkata, ini kerana sebarang keputusan membabitkan rancangan pengagihan air berjadual perlu mendapat kelulusan Surahanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Pelan berkenaan mendapat kelulusan SPAN semalam, jadi memerlukan notis sekurang-kurangnya dua hari, justeru kenyataan Khalid bahawa catuan air bermula hari ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat khususnya pengguna terbabit," katanya.

WILAYAH HULU LANGAT
Zon 1


  • Taman Juara Jaya
  • Taman Bukit Belimbing
  • Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
  • Taman Harmoni Indah
  • Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
  • Taman Putra Budiman
  • Taman Balakong Jaya
  • Taman Seri Timah
  • Taman Tanming Jaya
  • Kawasan perindustrian Balakong
  • Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
  • Taman Industri Balakong
  • Taman Tanming Permai
  • Taman Industri Lifong
  • Taman Tanming Ria
  • Taman Sungai Besi Indah Zon 1
  • Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan


Zon 2


  • Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
  • Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
  • Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
  • Kampung Baru Balakong
  • Taman Kasturi Cheras
  • Taman Sri Indah Cheras
  • Taman Bukit Emas
  • Taman Cheras Jaya
  • Taman Impian Indah
  • Taman Taming Indah
  • Taman Sejati
  • Taman Seri Sungai Long
  • Taman Bukit Sungai Long
  • Rumah Kenangan Cheras
  • Taman Dutamas
  • Taman Setia Kasturi Cheras
  • AEON Cheras Selatan
  • Taman Industri Balakong Jaya
  • Taman Setia Balakong
  • Taman Sinaran
  • Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
  • Dataran C180 Balakong


WILAYAH KUALA LANGAT & SEPANG
Zon 1


  • Kampung Olak Lempit
  • Kampung Bukit Changgang
  • Kampung Labohan Dagang
  • Selangor Dredging
  • Taman Changgang Jaya
  • Kompleks Perabut Olak Lempit
  • RTB Bukit Changgang
  • Bandar Sri Ehsan
  • Bandar Mahkota
  • Bandar Sungai Emas
  • Taman Arked
  • Taman Ambar
  • Taman Sri Dagang
  • Taman Langat Murni
  • Taman Langat Utama
  • Taman Murnimas
  • Taman Seri Telok Datok
  • Taman Sri Cheding
  • Sekolah Tamil Sungai Sedu


Zon 2


  • Kota Warisan
  • Warisan Bestari
  • Taman Bunga Raya
  • Taman KLIA Indah
  • Tiara Heights
  • Taman Ixora
  • Taman Dahlia
  • Taman Seroja
  • Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
  • Taman Kenanga
  • Taman Desa Vista
  • Taman Desa Bestari
  • Salak Permai


Belum dapat kata putus tamat catuan

Shah Alam: Masih belum ada kata putus sama ada catuan air akan ditamatkan kerajaan negeri Selangor dalam tempoh terdekat walaupun peningkatan jumlah kapasiti enam daripada tujuh empangan di negeri ini dalam tempoh seminggu sejak 22 April lalu hingga semalam,

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penamatan catuan itu perlu diteliti kerajaan negeri dengan mengambil kira beberapa faktor sebelum memutuskan mengenai perkara berkenaan.
Sehingga hari ini (semalam), catuan air tetap diteruskan. Selepas seminggu air dari takungan kolam serta bekas lombong dipam, paras air di Empangan Sungai Selangor hanya meningkat 1.18 peratus saja kepada tahap 40.08 peratus.

"Bagaimanapun, Menteri Besar dan Jawatankuasa Air Selangor akan berbincang petang ini (semalam) untuk mempertimbangkan semua perkara, termasuk paras loji empangan, kandungan aliran air dan jumlah takungan," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, semalam.


Minggu lalu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, catuan air membabitkan hampir tujuh juta pengguna dijangka ditamatkan hari ini atau esok kerana pemantauan terkini terhadap empangan di Selangor mendapati paras tadahan secara puratanya sudah mencecah 39 hingga 40 peratus.


Pada 22 April lalu, Empangan Klang Gates mencatat paras takungan 13.74 juta meter padu bersamaan 54.24 peratus, manakala semalam paras takungan meningkat kepada 14.82 juta meter padu (58.49 peratus).

Monday, 28 April 2014

Aduhai Catuan oh catuan

WARGA Lembah Klang amat berharap catuan bekalan air berakhir minggu ini. Air empang­an khabarnya sudah menunjukkan peningkatan. Hujan pula semakin kerap. Biarlah hari ini atau esok tiada lagi catuan. Cukuplah 'ke­­sengsaraan' yang dialami. Bukannya tidak bersyukur dengan apa yang ada tetapi sekadar menyelak kembali bagaimana jika manusia mampu merancang untuk mengelak 'kesengsaraan' ini dan tidak menunjukkan 'keangkuhan'. Janganlah mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Masing-masing ada kepakaran. Gunakanlah kepakaran itu sebaik mungkin bagi kepentingan ramai. Contohnya penggunaan air lombong. Tidak dinafikan, air najis pun kalau diproses akhirnya boleh diminum, tetapi biarlah semua itu menjadi pilihan terakhir.
Kalau ada pihak menyatakan tanpa Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) air mencukupi untuk tempoh beberapa tahun akan datang, maka tidak timbullah idea mengepam air lombong. Kalau pakar kata air bekas lombong boleh menimbulkan masalah maka janganlah kebimbangan itu ditolak mentah-mentah. Jangan timbulkan keresahan rakyat. Buatlah kajian kesesuaiannya. Sekarang, air bekas lombong terpaksa dipam dan bukannya percuma. Ada kos di situ. Adakah lebih murah jika dibandingkan dengan Langat 2? Menjelang titisan pertama air Langat 2 dalam tempoh tiga tahun lagi, eloklah kerajaan negeri atau pihak yang bertanggungjawab mencari jalan supaya apa yang dialami tidak berulang. Minggu ini, selepas catuan berakhir, tong, baldi, botol untuk simpanan air yang menjadi rebutan akan terbiar, disimpan di dalam stor atau tidak dipedulikan.

Bagi yang mempunyai tangki air mencukupi, mungkin mereka tidak terasa dengan catuan lebih-lebih lagi jumlah penggunaan atau isi rumah teramat kecil sehingga tidak perlu bayar bil. Seorang sahabat memberitahu, semasa catuan, air tangki masih ada. Dia bersyukur tinggal di Selangor. Itu katanya yang hanya berdua. Bayangkan bagi isi rumah yang ramai. Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Oii yang sekali sekala pulang ke Selangor dan terpaksa 'mandi kerbau' pun marah kepada Menteri Besar yang didakwa gagal menangani isu air. Disebabkan isu ini, beliau juga meminta Khalid Ibrahim meletak jawatan.
Seperkara lagi, sejauh mana catuan air mampu mendidik masyarakat untuk menghargai air? Apa pula langkah yang diambil oleh mereka yang tidak mengalami catuan? Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) baru-baru ini menjelaskan pemilihan kawasan catuan air bukan berdasarkan status sosioekonomi pengguna. Pemilihan berdasarkan pertimbangan teknikal sistem agihan. Pengecualian hanya pada kawasan secara khusus dikecualikan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), iaitu pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Putrajaya dan kerajaan Selangor serta pusat bandar raya Kuala Lumpur. Ia turut meliputi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pelabuhan Klang, Zon Perdagangan Bebas, hospital kerajaan dan swasta, pusat dialisis serta Stesen Janakuasa Salahudin Abdul Aziz di Kapar. Adakah mereka yang tinggal di kawasan pengecualian ini mengambil iktibar masalah yang dihadapi kebanyakan penduduk di Lembah Klang? Adakah selepas ini, bekalan air percuma atau subsidi yang diberi akan ditarik balik untuk mendidik pengguna menjimatkan air? Adakah Kerajaan Selangor akan membuat pusingan U?
Baru-baru ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dilaporkan akan mengemukakan cadangan kepada SPAN untuk menaikkan tarif air pada kadar purata 20 peratus. Cadangan itu diluluskan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Berdasarkan cadangan itu, tarif air bagi 546,749 pengguna air berdaftar di Pulau Pinang akan disemak untuk mempromosikan langkah penjimatan dan mengelakkan catuan air. Kenaikan itu diharap dapat mengurangkan penggunaan air. Dalam cadangan itu, tiada kenaikan bagi penggunaan kadar pertama seba­nyak 20 meter padu air sebulan (bersamaan 1,000 liter). Adakah kita bersetuju kenaikan tarif elek­trik mampu mendidik pengguna? Adakah pengguna bersedia menjimatkan elektrik? Adakah mereka bersedia menghadapi catuan bekalan elek­trik?
Persoalan ini timbul kerana ketika catuan bekalan air, ada pelbagai pendapat. Ada yang berkata, biar tidak ada elektrik asal ada air dan ada pula yang berkata, lebih rela tidak ada air asal ada elektrik. Kata orang, belum cuba belum tahu. Belum rasa belum tahu. Tentunya kita tidak mahu berada dalam situasi kedua-duanya tidak ada - elektrik dan air. Selak kembali situasi yang berlaku apabila bekalan elektrik terputus untuk satu atau dua jam sahaja. Kecoh dibuatnya. Di jalan raya, pergerakan kenderaan kelam kabut; di rumah, restoran dan gerai makan, banyak kerja masak memasak tidak dapat dilakukan; kilang terpaksa menghentikan operasinya dan pelbagai lagi. Begitulah 'kesengsaraan' tanpa elektrik.
Jika air masih boleh disimpan di dalam tangki, tong, baldi, botol dan sebagainya, apa pula yang boleh dilakukan untuk mengatasi catuan elektrik? Adakah generator serta alternatif lain semurah baldi atau tong menyimpan air? Berapa ramai yang ketika ini tanpa krisis elektrik sanggup belajar berjimat? Menyelak kebanyakan sikap orang kita, budaya berjimat hanya seketika. Hangat-hangat tahi ayam. Tengok sahaja bagaimana mereka memilih tempat makan minum. Biar papa asal bergaya. Mereka hanya pandai mengkritik mengenai harga yang melambung. Sebagai pengguna, mereka boleh memilih untuk mencari tempat yang lebih murah. Begitu juga apabila harga rokok dan gula dinaikkan. Adakah penggunaannya semakin berkurangan?
Begitu juga dengan air dan elektrik. Dunia semakin pesat membangun. Manusia semakin bertambah. Keperluan semakin meningkat. Berbalik kepada elektrik, adakah kita bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan? Dalam hal ini, ke­perluan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu dipenuhi. Sebagai pihak yang bertanggungjawab menyediakan bekalan elek­trik, sudah sewajarnya keperluan TNB untuk menyediakan infrastruktur berkaitan bekalan elektrik dipenuhi oleh semua pihak. Mungkin kita boleh menyelak kembali projek sebelum ini yang melibatkan kelulusan kerajaan Negeri Selangor. Tidak pasti apakah kedudukan projek kabel elektrik di Kampung Sungai Terentang. Begitu juga dengan projek Pengukuhan Kawasan Tengah (CAR) yang melibatkan pembinaan menara pencawang elektrik untuk pemasangan kabel bervoltan tinggi. Difahamkan, projek ini bagi memperkukuhkan sistem bekalan elektrik untuk menjamin tahap daya harap pembekalan elektrik bagi Sistem Grid Nasional di Semenanjung khususnya Selangor dan Wilayah Persekutuan. Bekalan elektrik ini juga bagi membantu operasi Langat 2.
Maaflah jika saya tertinggal berhubung perkembangan pembangunan isu ini. Jika semuanya berjalan lancar baguslah tetapi bagaimana jika ia masih terbengkalai atau berlaku 'tarik tali?'. Tentunya kita tidak mahu disebabkan kegagalan melaksanakan projek seumpama ini, kita akan bergelap pada masa depan dan menghadapi catuan elektrik. Langat 2 tidak bermakna jika tidak ada bekalan elektrik. Begitu juga keupayaan loji lain tanpa elektrik. Bayangkan ketika itu, hari ini tidak ada elektrik, esok tidak ada air atau lebih teruk pada hari yang sama, air tidak ada, elektrik pun tidak ada. Bagaimana agaknya kehidupan kita ketika itu.


Shah Alam : Spekulasi mengenai krisis rumahtangga Adam AF2 dan isterinya pelakon Fiza Elite akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Basrawi jam 1.05 tengah hari.
Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, sebelum itu mengemukakan permohonon lisan untuk mengadakan prosiding tanpa kehadiran wartawan atas alasan dia adalah seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan lisan Fiza dan memerintahkan semua wartawan yang berada di dalam mahkamah untuk keluar.Bekas penyanyi kumpulan Elite yang berjubah hitam itu hadir ke mahkamah bersama Adam serta ditemani beberapa rakan artis, termasuk rakan baik Fiza, Azza Elite.

Ingkar Pada Suami

Kuala Lumpur: "Seorang isteri berhak menuntut cerai fasakh sekiranya dipaksa suami melakukan perkara diharamkan syarak," kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang.
Menurutnya, seorang isteri tidak dianggap 'nusyuz' walaupun melanggar perintah suami kerana perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri, malah kepada agama.


Beliau mengulas pendedahan berita Harian Metro Sabtu lalu berhubung tindakan ganas seorang suami yang memukul isterinya selain memaksa wanita terbabit menjadi pelacur bagi melangsaikan hutang judi.
Mangsa yang menderita sejak setahun lalu akhirnya melarikan diri dari rumah bersama bayi berusia lapan bulan sebelum turut membuat laporan polis di Balai Polis Cheras, di sini.


Musa berkata, seorang isteri juga mempunyai hak untuk melawan suami sekiranya dipaksa melakukan perbuatan maksiat.


"Terdapat dua tindakan yang boleh diambil si isteri iaitu membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam dan si suami boleh didakwa di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah jika melacurkan isteri.


"Tindakan kedua adalah si isteri berhak untuk memfailkan cerai fasakh dengan keluar daripada rumah berkenaan, duduk di tempat selamat serta meminta cerai fasakh," katanya, semalam.


Menurutnya, seorang isteri mempunyai pilihan sama ada patuh kepada arahan suaminya untuk melakukan perbuatan maksiat atau patuh kepada perintah Allah.


"Dalam soal ini, isteri harus berani dan tidak menurut sahaja arahan suami secara membuta tuli walaupun disakiti secara fizikal," katanya Sementara tokoh agama yang juga pendakwah bebas, Datuk Hassan Mahmud menasihati golongan suami supaya memelihara amanah Allah SWT serta menjaga keselamatan dan kehormatan diri isteri.


Menurutnya, setiap pasangan perlu menjaga amanah Allah ini dan tidak patut berbuat perkara berdosa, kejam serta dilarang dalam Islam.


"Malah dalam Islam, isteri diibaratkan seperti pakaian kita di mana ia perlu dijaga dengan baik dan diletakkan di dalam almari bukan dengan mencampaknya ke dalam tong sampah.


"Dalam soal ini, suami atau lelaki yang bertindak sedemikian kemungkinan mempunyai kerosakan di dalam dirinya dan perlu dirawat dengan segera dari segi fizikal, mental dan rohani," katanya, semalam.
 

Bekalan air

SHAH ALAM: Pelaksanaan sistem catuan air secara bergilir-gilir di Selangor akan bermula esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan sejak 7 Februari lalu.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sistem ini dijalankan bagi mengekalkan jumlah air di empangan negeri ini supaya dapat bertahan untuk dua bulan lagi jika musim panas berlarutan
Setiap pengguna di Selangor tidak perlu bimbang kerana mereka akan menerima bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan setiap dua hari.

"Menerusi sistem ini, pengguna akan menerima sekurang-kurangnya empat bekalan air penuh untuk satu minggu dan ia akan diteruskan sehingga suatu masa yang sesuai iaitu apabila musim hujan bermula, dijangka akhir Mac ini," katanya selepas menghadiri perjumpaan bulanan penjawat awam di sini, hari ini.
 
PENDUDUK Pelabuhan Klang, Raja Abdul Karim Raja Musahar, 40, membeli baldi dan tong untuk mengisi air berikutan catuan bekalan air yang akan bermula esok yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. FOTO Asyraf Bokhar

Abdul Khalid berkata, sekiranya musim hujan tiba lebih awal, sistem itu akan dihentikan dan tindakan lanjut serta keadaan sebenar krisis air di negeri ini akan dimaklumkan Mac depan.
 
 

Saturday, 26 April 2014

Persatuan Hindu Sangam Malaysia

KUALA LUMPUR: Persatuan Hindu Sangam Malaysia bersetuju agar penjualan arak dalam peswat penerbangan dihentikan kerana ajaran agama tersebut melarang perbuatan itu.

Presidennya Datuk RS Mohan Shan berkata, arak dilarang kepada penganut Hindu kerana ianya boleh membawa mudarat kepada peminumnya.

"Arak boleh membawa kepada satu tahap di mana peminumnya boleh hilang kesedaran diri. Seterusnya individu tersebut mungkin akan melakukan sesuatu di luar kawalan.

"Oleh itu Hindu melarang minum arak kerana mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan," katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) berkata, walaupun ada ajaran yang tidak menghalang penganutnya meminum arak, namun beliau mencadangkan agar isipadu yang dihidang dalam pesawat dihadkan.

"Syarikat penerbangan perlu memastikan agar penumpang tidak terlebih minum sehingga mabuk kerana ia mungkin boleh membawa keburukan kepada penumpang lain," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif National Evengelical Christian Fellowship (NECF) berkata, ajaran Kristian juga tidak menggalakkan penganutnya mengambil minuman keras.

Menurut beliau, oleh kerana penumpang dalam pesawat terdiri daripada pelbagai negara dan budaya, pramugari harus sensitif dan menghidangkanya kepada penumpang yang tiada larangan sahaja.

Bagaimanapun ujarnya, hidangan arak dalam pesawat sebenarnya tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam peswat.

"Sesuatu penerbangan pesawat mengambil masa yang lama. Apabila dihidangkan dengan arak, maka akan menyebabkan mereka mabuk dan mungkin akan mengganggu penumpang lain.

"Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," katanya dipetik akhbar berbahasa Melayu itu

Friday, 25 April 2014

Kecam Gambar Wan Azizah

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.

Gambar yang tersebar di  Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army'  itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'.

"Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

"AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini," kata  ketuanya Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan kepada Harkahdaily.

Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

"Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa.

"Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah," katanya.

Lagi Kisah Catuan Air

SHAH ALAM: Catuan air sejak beberapa bulan lalu di Selangor akan mula dilonggarkan ekoran berlaku peningkatan paras empangan.

Di empangan Sungai Selangor, peningkatan  sebanyak 1.18 peratus iaitu daripada 38.53 peratus pada 19 April, kepada 39.71 peratus pada bacaan 25 April iaitu semalam.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, peningkatan kecil itu disebabkan kadar hujan yang diterima di sekitar hilir kawasan tadahan serta di bandar-bandar, dan bukan di empangan.

Bagaimanapun, katanya, kadar hujan di hilir membantu pengurangan kadar pelepasan air empangan ekoran paras air sungai mencukupi untuk keperluan loji pembersihan air (LPA).

"Justeru, kelonggaran catuan air boleh dilakukan apabila aliran air sungai tinggi, LPA boleh mengambil air sungai untuk dirawat dan disalurkan kepada pengguna.

"Namun jika aliran air sungai rendah, kita perlu lepaskan air empangan untuk diambil dan dirawat LPA," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sekali lagi menegaskan, catuan keseluruhan hanya akan ditamatkan hanya apabila kapasiti Empangan Sungai Selangor mencapai tahap 55%.

Ini kerana empangan tersebut adalah yang terbesar dengan kapasiti maksimum 235 juta meter padu (Mm3) dan keseluruhan tadahan lembangan Sungai Selangor membekalkan sekitar 60 peratus keperluan air di Selangor dan Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, catuan air akan ditamatkan minggu depan sekiranya projek pengepaman air dari kolam bekas lombong ke empangan Sungai Selangor mendapat hasil positif.

Penggunaan air dari bekas lombong sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor katanya dijamin selamat berdasarkan hasil kajian mendalam daripada pakar.

Katanya pakar juga mendapati air dari bekas lombong adalah jauh lebih baik lebih-lebih lagi lombong berkenaan berusia puluhan tahun.

"Saya jangka catuan ditamatkan minggu depan jika keadaan ini baik dan akan diumumkan Yunus sebagai jurucakap kerajaan negeri," katanya.

Sedia Jumpa DEngan Semua Pihak

KOTA BAHARU: Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sentiasa terbuka dan bersedia untuk berdialog dengan semua pihak dalam memberi penjelasan berhubung perlaksanaan hudud.

Menurut Presiden PAS itu, perbincangan dengan semua pihak itu perlu supaya setiap orang memahami dengan tepat bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, itu akan diaplikasi di negeri ini.

Bagaimanapun menurut beliau, terserah keada pihak terbabit untuk menentukan masa dan tempat perbincangan tersebut.

"Kita sedia memberi penjelasan kepada semua pihak.

"(Soal tarikh) itu jangan tanya pihak kami sahaja, kena tanya pihak lain juga. Tidak jadi kalau bertepuk sebelah tangan," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk "Wisma Ilmuan Kelantan" di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini,malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sebelum ini, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan muzakarah antara PAS dan Umno diadakan bagi menjelaskan hasrat melaksanakan hukum Islam itu supaya pemahaman dan persetujuan bersama dapat dicapai.

Muzakarah atas isu perlaksanaan hukum syariah ini pernah dilontar oleh Ustaz Hadi sendiri ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Stadium Malawati, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pada 24 November tahun lalu.

Dalam ucapan itu beliau berkata, PAS bersedia dengan barisan pakar untuk tujuan muzakarah itu seperti ulama, mahupun peguam.

"Kita ada ramai ahli. Ada yang tua, ada yang muda. Kita ada Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Harun Taib. Kalau yang muda, kita ada Nik Abduh, Nik Zawawi. Kalau peguam, kita ada Tun Salleh Abbas atau Wan Mutalib Embong. Yang muda, ada Asmuni Awi, Hanipa Maidin," kata beliau ketika itu.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS sudah beberapa kali berbincang dan bermuzakarah berkaitan hukum Islam, termasuk dengan DAP dan juga badan-badan agama lain.

Malangnya, kata beliau yang paling kuat menentang Islam ialah Umno, bukannya DAP, malah Umno tidak pernah menghadiri majlis penjelasan berkaitan hukum Islam walaupun dipelawa PAS.

"DAP memang tidak setuju dengan Islam. Kalau dia setuju, dia dah lama masuk Islam. Tapi DAP bercakap dengan kita jika tidak setuju dengan hukum Islam. Pernah tahun 90-an kita adakan perbincangan mengenai hudud. DAP datang, persatuan kristian, buddha, sikh datang, Umno yang tidak datang," kata beliau.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi berkata Umno tidak mampu mengikut hukum Islam kerana ia berbeza dengan ideologi perjuangan yang dibawa parti Melayu terbesar itu.

Monday, 21 April 2014

Kisah Rumahtangga Adam ( Penyanyi )

Tiba-tiba saja rumah tangga penyanyi Adam dan isterinya Fiza menjadi buah mulut ramai pihak termasuk media tempatan minggu lalu. Angin bertiup kencang mengatakan Fiza mahu failkan perceraian dan ini mencetuskan tanda soal yang cukup besar terhadap pasangan yang baru berumah tangga tahun lalu.

Lalu ketika diminta komen Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, terus memberi jawapan yang menyejukkan hati.
Saya sebenarnya tak suka nak menjaja cerita rumah tangga saya kepada orang luar malah dalam Islam pun melarang kita berbuat begitu. Sekarang bapa mentua saya sudah keluar dari hospital dan Fiza terus menjaganya. Kepada semua di luar sana usahlah mendengar spekulasi dan doakanlah kebahagiaan kami berdua," katanya.

Akibat Laman Sosial

Ipoh: "Dia beri saya harapan untuk menjadi pasangan hidupnya. Dia kata dia benar-benar sayang menyebabkan semua kehendaknya saya turuti.

"Beberapa bulan berkenalan dengannya, saya tidak mensyaki apa-apa hingga habis wang simpanan ribuan ringgit diberikan kepadanya dengan alasan mahu membuat persediaan perkahwinan nanti," kata Hanif (bukan nama sebenar) yang impiannya musnah untuk mengahwini seorang wanita yang dikenali menerusi Facebook sejak Jun tahun lalu. 

Suriku cabut lari

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan dan Hafizee Mohd Arop

Ipoh: "Dia beri saya harapan untuk menjadi pasangan hidupnya. Dia kata dia benar-benar sayang menyebabkan semua kehendaknya saya turuti.

"Beberapa bulan berkenalan dengannya, saya tidak mensyaki apa-apa hingga habis wang simpanan ribuan ringgit diberikan kepadanya dengan alasan mahu membuat persediaan perkahwinan nanti," kata Hanif (bukan nama sebenar) yang impiannya musnah untuk mengahwini seorang wanita yang dikenali menerusi Facebook sejak Jun tahun lalu.

Bukan hanya terperdaya dengan janji-janji manis wanita berusia 23 tahun itu, Hanif, 23, turut mendakwa mengalami kerugian lebih RM10,000 membabitkan wang tunai serta barang kemas.

Detik awal perkenalan mereka, semua perkara dilalui begitu indah dan membuatkan dirinya yakin wanita itu benar-benar mahu menjadi suri hidupnya

Sebar Gambar Aib Bekas Isteri

SEKADAR GAMBAR HIASAN

Sebar gambar aib Bekas Isteri

Kuala Lumpur: Akibat dendam terhadap bakal suami bekas isterinya, seorang lelaki mengugut menyebarkan gambar bogel bekas isterinya jika wanita itu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru, kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk wanita berkenaan dua bulan lalu.

Bagaimanapun, bekas suami mangsa yang tidak menyukai pilihan keluarga wanita itu menyebabkan dia mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa di Internet sekiranya meneruskan perkahwinannya dijadualkan berlangsung Mei depan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shida berkata, dia berpisah dengan bekas suaminya berikutan sikap panas barannya dan selepas bercerai, dia tidak menghubungi lelaki itu.

"Namun, tiba-tiba bekas suami menghubungi saya kelmarin dan menyatakan niatnya untuk berjumpa.

umrah tak jadi

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga emas kempunan untuk menunaikan umrah apabila wang tunai miliknya berjumlah RM30,000 sebaliknya dilarikan ahli sindiket pelaburan Internet.

Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 60 tahun dikatakan teruja untuk menyertai pelaburan itu selepas mendapat tahu seorang individu memperolehi keuntungan RM3,000 dengan hanya bermodalkan RM30.

Menurutnya, mangsa dikatakan mula tertarik dengan pelaburan itu selepas mendapat risalah iklan dan nombor telefon suspek yang kononnya mampu membantu menjana keuntungan melalui pelaburan mudah.

"Mangsa kemudian menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada nombor syarikat pelaburan tertera di iklan itu sekitar Februari lalu.

"Suspek lelaki yang dihubungi memberi keyakinan pelaburan ini benar dan bukan penipuan menyebabkan mangsa termakan pujukan," katanya.

Kereta Porchee di rompak guna tektik langgar

Sumber polis berkata, mangsa yang sedang memandu bersendirian bagaimanapun terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang keretanya.

Menurutnya, mangsa yang menyangka keretanya dilanggar secara tidak sengaja memberhentikan kenderaan untuk memeriksa.

"Difahamkan dua lelaki yang menaiki kereta Proton Perdana berpura-pura meminta maaf.

"Bagaimanapun belum sempat berbuat apa-apa, seorang daripada suspek mengacukan parang dan mengugutnya," katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian terus melarikan kenderaan mangsa tanpa mencederakannya.

"Mangsa kemudian menghubungi ahli keluarganya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Brickfields di sini," katanya.

Friday, 18 April 2014

KP Selangor nafi berlaku serangan ganas antara dua kaum di Klang

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang laporan mengenai kejadian seumpama itu. Polis mengesahkan tiada sebarang bukti dan maklumat yang menyokong dakwaan berkenaan.


Ada khabar angin mengatakan penunggang motosikal dilarang pergi ke kawasan Pandamaran, Klang hingga ke Pelabuhan Klang bagi mengelakkan menjadi mangsa. Dakwaan seperti ini boleh menggugat ketenteraman orang awam," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin yang tersebar di laman sosial dan perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini

Pembantu rumah mendiang Karpal Singh masih kritikal - Polis

IPOH: Pembantu rumah mendiang anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang cedera parah dalam kemalangan di Km306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar semalam, masih kritikal dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon ketika dihubungi berkata, pembantu rumah warga Indonesia itu, Selfiana Rengga, 24, juga mengalami pendarahan di bahagian otak kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini
berkata beliau dimaklumkan mayat pembantu peribadi Karpal Singh, Michael Cornelius, 39, akan dihantar ke India Sabtu ini bagi upacara pengebumian.


Karpal Singh, 74, yang juga bekas pengerusi DAP, dan pembantu peribadinya itu maut dalam kemalangan kira-kira jam 1.10 pagi semalam itu apabila kenderaan serbaguna (MPV) Toyota Alphard yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori. - BERNAMA

Kisah Anwar Lagi...

PUTRAJAYA: Adalah selamat untuk mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya, demikian diputuskan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah berkata malah sekiranya diandaikan tiada bukti untuk menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan responden (Anwar).
Panel tiga hakim Mahakmah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, berkata terdapat cukup keterangan lain yang membolehkan elemen pertuduhan dapat disahkan dan dibuktikan.


Dalam penghakiman yang diedarkan kepada media hari ini, mahkamah memutuskan isu kemungkinan sampel DNA diambil daripada Mohd Saiful telah diusik oleh pegawai penyiasat kes Superitenden Jude Blacious Pereira dan telah tercemar juga tidak dapat dibuktikan.

"Kami berpendapat andaian bahawa pegawai penyiasat telah mengusik barang bukti (sampel) tidak mempunyai merit. Kami tidak tahu bagaimana hakim perbicaraan yang bijaksana boleh terkhilaf dalam pendapatnya," kata hakim berkenaan.

Berhubung andaian pihak pembelaan bahawa Jude telah mengusik eksibit itu, mahkamah mendapati tindakan pegawai penyiasat berkenaan membuka eksibit itu tidak menyebabkan eksibit itu tercemar.

Ketiga-tiga hakim itu berkata mereka mengambil kira penjelasan diberikan Jude berhubung tindakannya itu iaitu beliau hanya mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis Negara.
Dua lagi hakim yang mendengar rayuan itu ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Panel itu juga berkata mereka mendapati tiada alasan untuk mereka menganggu penemuan hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tentang isu kredibiliti Mohd Saiful dan bahawa tiada yang tidak munasabah dengan keterangannya.

"Mengikut undang-undang, kredibiliti saksi-saksi adalah paling penting bagi hakim perbicaraan. Kami berpuas hati bahawa hakim perbicaraan yang bijaksana telah menimbangkan sewajarnya keterangan saksi pertama pihak pendakwa (Mohd Saiful Bukhari)," menurut panel itu.

Mereka berkata mahkamah telah meneliti keterangan Mohd Saiful Bukhari dan bersetuju penuh dengan hakim mahkamah tinggi apabila beliau mendapati bahawa tidak sukar untuk memahami kenapa Mohd Saiful berbuat begitu disebalik menegaskan beliau tidak merelakan perbuatan Anwar itu.

Panel berkenaan berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan hakim mahkamah tinggi berhubung kredibiliti Mohd Saiful dan tiada yang tidak munasabah dalam keterangannya.

Mereka juga menyatakan kelewatan membuat laporan polis berhubung dakwaan liwat tidak memudaratkan kes pihak pendakwaan selagi terdapat penjelasan yang kukuh dan boleh diterima berhubung kelewatan itu.

Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas kejadian liwat itu.

Mengenai isu pengesahan identiti "Lelaki Y", mahkamah memutuskan keterangan ahli kimia Nor Aidora Saedon dari Jabatan Kimia Malaysia adalah amat penting. - BERNAMA

Pengaruh air kepada kehidupan, politik

Di kawasan yang mengalami catuan air, ramai yang merungut. Pada mereka, keadaan seperti itu tidak sepatutnya berlaku atas alasan apa sekali pun. Malaysia adalah negara yang pesat membangun.
 
Kita menguar-uarkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara teknologi tinggi dan lengkap dengan segala kemudahan prasarana, tetapi bila kemarau panjang, rakyat dihukum dengan catuan air.


Rungutan mereka tidak akan berakhir selagi catuan itu berterusan berikutan paras air di kawasan tadahan air berkurangan kerana kemarau. Rakyat mempersoalkan tidak ada sebab Malaysia yang akan diisytiharkan negara maju enam tahun lagi terpaksa menghadapi krisis bekalan air.

Catuan air boleh menyebabkan imej negara terjejas. Pelabur tidak berani menanam modal kerana ketiadaan air boleh menjejaskan operasi mereka.

Mereka pelik, Malaysia yang mempunyai kadar hujan tinggi dan lengkap dengan pelbagai kemudahan dan takungan air besar menghadapi masalah bekalan air yang meruncing. Rakyat yang menyedari hak mereka, menyalahkan pihak berkuasa terbabit kerana gagal menyediakan prasarana asas kepada rakyat.

Sasaran utama ialah kerajaan PKR Selangor yang lewat membuat keputusan untuk melaksanakan Loji Rawatan Air Langat 2. Jika kerajaan negeri bersetuju dengan projek itu lama dulu, mungkin catuan air tidak berlaku. Kerajaan bukan saja rugi dari segi masa dan kos yang meningkat, malah kepakaran jurutera tempatan yang tidak dapat digunakan akibat penentangan kerajaan pembangkang Selangor.
Hari ini, beberapa pihak berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap Kerajaan PKR Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pihak yang dianggap sebagai punca kepada masalah yang berpanjangan ini.

Air jadi isu politik

Masalah air dan catuan bekalan air sudah menjadi isu politik panas. Jika dulu, isu ini membabitkan perbalahan antara Kerajaan Pusat dan parti pembangkang khasnya di Selangor, hari ini ia menjadi pertikaian dalaman sesama sendiri antara pemimpin parti pembangkang.

Paling jelas, isu ini memberi tekanan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan berhubung pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Isu air ini menjadi penentu kepada kedudukan Abdul Khalid, sama ada akan terus kekal menerajui negeri itu atau sebaliknya. Ujian getir yang akan beliau hadapi ialah saingan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini disandang oleh Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin sudah pun berkempen menjadikan isu Abdul Khalid menandatangani MoU dengan kerajaan Februari lalu itu sebagai modal politik untuk 'membunuh' kerjaya politik Menteri Besar itu.

Beliau dan penyokongnya tidak bersetuju dengan tindakan Abdul Khalid yang bertindak tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pucuk pimpinan PKR. Abdul Khalid pula dalam penjelasannya mengatakan beliau berbuat demikian kerana tidak mahu menyusahkan rakyat.

Selagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dilaksanakan, rakyat akan terus menghadapi catuan khasnya apabila berlaku kemarau. Mohamed Azmin pula secara terbuka mengatakan Abdul Khalid membelakangkan parti. Tindakan Abdul Khalid itu dijaja menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti.

Jika Mohamed Azmin berjaya meyakinkan perwakilan mengenai tindakan salah Abdul Khalid itu, bermakna Menteri Besar itu terpaksa mencari jalan keluar. Sebaliknya, jika perwakilan berasakan Abdul Khalid mempunyai alasan kukuh untuk menandatangani MoU itu, tidak mustahil Mohamed Azmin pula yang akan kecundang.

Abdul Khalid yakin bahawa dengan melewatkan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2, rakyat menghadapi masalah berterusan. Bagi beliau, keputusannya selaras dengan kehendak dan kesejahteraan rakyat.

Pengajaran kepada semua pihak

Sesungguhnya, catuan air yang berlaku sekarang adalah satu pengajaran. Ramai yang mula sedar betapa pentingnya air dalam kehidupan – segala-galanya memerlukan air daripada mengambil wuduk sehinggalah kepada mandi dan memasak.

Bekalan air begitu penting kepada manusia tidak kira di bandar atau di mana juga.

Di bandar yang sebelum ini dianggap paling awal menerima kemudahan bekalan air bersih, sekarang keadaan adalah sebaliknya. Di bandar pula yang kekurangan air. Disebabkan kemudahan bekalan air paip sudah dibina hampir ke setiap desa, perigi pun jarang ditemui. Itulah sebabnya bila berlaku catuan, penduduk kampung juga terjejas.

Air banyak meninggalkan peristiwa di negara ini dan dunia. Pada masa ini, air di Lautan Hindi menyimpan rahsia di mana pesawat MH370 terdampar.

Air lautan yang luas sejauh mata memandang dan sedalam sehingga mencecah lima kilometer, menyukarkan misi mencari dan menyelamat walaupun menggunakan peralatan canggih.

Air seperti juga api, ketika kecil menjadi kawan, tetapi bila besar menjadi lawan. Air laut yang bergelora bukan saja boleh membunuh manusia, malah boleh menenggelamkan kapal yang besar. Ketika tsunami melanda, air laut yang mengganas membunuh ribuan manusia dan merosakkan harta benda di beberapa negara.

Tanpa tsunami juga, korban boleh diakibatkan oleh banjir yang disebabkan hujan lebat dan sistem pengaliran serta perparitan yang tidak baik. Banjir membunuh ramai manusia, termasuk ketika mereka yang bermain dengan air.

Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Air yang dibiarkan bertakung adalah tempat nyamuk Aedes membiak dan menjadi punca wabak demam denggi yang meragut banyak nyawa manusia.

LAP tamatkan catuan air di Taiping, Kamunting Ahad ini

IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) menamatkan sepenuhnya catuan bekalan air di sekitar kawasan Taiping dan Kamunting berkuatkuasa Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata keputusan itu dibuat berikutan hujan yang berterusan di kawasan tadahan air sejak kebelakangan ini yang menyumbang kepada peningkatan bekalan air mentah ke Loji Rawatan Air Taiping Headworks dan Empangan Air Kuning
 
Empangan Air Kuning sudah menunjukkan aliran peningkatan dan sudah melebihi aras selamat 38 meter.


"Menerusi penamatan ini, tiada lagi catuan air berjadual di kawasan Taiping dan Kamunting," katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membenarkan catuan air secara berperingkat mengikut zon bermula 3 hingga 16 April dan boleh disambung jika keadaan memerlukan di kawasan Taiping dan sebahagian Kamunting berikutan paras air di Loji Rawatan Air Taiping Headworks yang merosot.

Zainol Fadzi berkata, di dalam tempoh pemulihan dalam beberapa hari ini, kemungkinan akan terdapat kawasan yang mengalami tekanan rendah terutama waktu puncak.

Beliau juga berkata, pengguna air di negeri ini khususnya di Taiping dan Kamunting dinasihatkan supaya berhemat dalam penggunaan air dan mengelakkan pembaziran.
Katanya, langkah berjimat cermat dalam penggunaan air terawat akan membantu mengurangkan pengambilan air mentah dan boleh memanjangkan penggunaan air simpanan dalam empangan.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh menghubungi bilik gerakan/operasi serta pusat aduan pengguna LAP di talian bebas tol 24 jam 1-800-88-7788 atau Pusat Operasi Taiping 05-8911437 atau laman web rasmi www.lap.com.my atau emel ke aduanadmin@lap.com.my.

Bibir Cantik Menawan

Solekan nipis seakan-akan seperti wajah semula jadi mulus tanpa solekan sering menjadi idaman setiap gadis.

Soal penjagaan diri amat penting bagi wanita terutamanya mereka yang berusia 30-an. Ini kerana kesibukan terhadap kerja dan keluarga sering menghalang mereka kembali mementingkan kecantikan diri.

Salah satu rahsia wanita memiliki kulit yang cantik adalah dengan menggunakan bahan yang berasaskan herba tradisional.

Seorang pengguna Anugerah, Noor Fazrina berkata, pemilihan produk kecantikan yang sesuai memainkan peranan penting bagi wanita.
"Sebelum ini saya tercari-cari produk pelembap bibir yang bersesuaian dengan solekan wajah tetapi kebanyakannya kurang memuaskan sehingga terbaca mengenai pengilat bibir Wonder Pink Anugerah.


"Warna merah jambu glos daripada Wonder Pink Anugerah ini amat menarik dan saya dapati gabungan khasiat herba semula jadi menjadikan kulit wajah berseri-seri," ujarnya.

Katanya, dalam usia yang meningkat, saya perlu menjaga kecantikan wajah kerana pendedahan yang terlalu lama kepada cahaya matahari boleh menyebab—kan kulit menjadi kusam.

"Saya memang menggunakan barangan kosmetik berasaskan herba tradisional kerana lebih selamat berbanding produk berasaskan bahan kimia," katanya.

Khasiat minyak bunga matahari, jojoba dan kolagen untuk bibir cantik

Mendapatkan bibir yang cantik adalah impian setiap wanita. Ia boleh diperoleh dengan memastikan tahap kelembapan kulit bibir terjaga dan mendapat nutrien yang mencukupi.

Kedua-dua kelebihan ini boleh diperoleh daripada minyak bunga matahari, minyak jojoba dan kolagen.

Minyak bunga matahari kaya dengan antioksidan yang mengurangkan pembentukan melanin yang memberikan kesan bintik hitam pada wajah dan menjadikan warna bibir lebih gelap.

Kajian klinikal mendapati, minyak biji bunga matahari dapat menghasilkan vitamin A dan vitamin E bagi meningkatkan penghid­ratan pada kulit untuk melawan kedutan, garis halus dan melindungi kulit daripada sinar UV yang berbahaya.

Minyak jojoba mampu melembut, melembap dan menghaluskan kulit. Kajian saintis dari Universiti Port Elizabeth, mendapati minyak jojoba menghilangkan bakteria yang menjadi punca pelbagai masalah kulit.

Kolagen membantu melembap, menganjal dan menghaluskan kulit di bibir dan pipi. Bahan pigmen membuatkan warnanya tahan lama dan tidak luntur.

Serlah bibir menawan dan memikat dengan Wonder Pink Anugerah

Wonder Pink Anugerah membantu wanita mendapatkan bibir yang menawan. Anda bukan saja menggunakannya sebagai pengilat bibir malah pemerah pipi.

Ia memberikan warna yang berlainan pada bibir dan pipi kerana bertindak mengikut suhu badan dan peredaran darah seseorang.

Sejak berada di pasaran, Wonder Pink Anugerah membantu ramai wanita yang menghadapi masalah bibir kering dan kulit bibir yang mengelupas.

Pengguna juga boleh mengamalkan doa untuk kecantikan wajah.

Imam Muda, Ustaz Azhar Ghazali berkata, terdapat beberapa surah daripada al-Quran yang boleh diamalkan untuk menjaga kecantikan wajah.

"Antaranya surah al-Insyirah yang mampu menenangkan jiwa dan menaikkan seri wajah, surah An-Nur pula baik diamalkan supaya wajah dilimpahi cahaya keimanan dan dipermudahkan urusan," katanya.

Bagi yang berminat mendapatkan Wonder Pink Anugerah, hubungi Emi-Q, Tingkat 15, Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-2072 5555/ 019-2227006 .

Sila layari laman web, www.anugerahquran.com dan laman facebook Anugerah https://www.facebook.com/anugerahquran untuk maklumat lanjut.

143 juta liter air minuman tercemar

Portland (Oregon): Pihak berkuasa air di daerah ini semalam membuang 143 juta liter air minuman selepas seorang lelaki berusia 19 tahun kencing dalam tempat takungan air terbuka.

Seorang pegawai berkata, tiga lelaki dilihat berada di tempat takungan itu di sebuah taman di Portland kira-kira jam 1 pagi kelmarin.


Jurucakap Biro Air Portland, David Shaff berkata, seorang daripada mereka dirakam kencing ke dalam air takungan itu menerusi pagar besi.
 

Dua remaja lagi cuba memanjat pagar dan seorang daripada mereka berjaya masuk ke kawasan itu, tetapi tidak jelas apa yang dilakukannya kemudian, kata Shaff.


"Air itu disalurkan terus ke rumah penduduk untuk digunakan sebagai air minuman. Tidak ada cara merawatnya." kata Shaff. - Agensi

Ada Pistol Tak Tahu Menembak

Shah Alam: Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan, menyarankan pemilik senjata api berlesen terutama mereka yang memiliki pistol menjalani latihan mengendali dan menembak supaya mereka lebih berkemahiran mengendalikan senjata berkenaan.

Beliau berkata, tindakan itu perlu berikutan sebanyak 24 kes penyalahgunaan senjata api dilaporkan di Selangor dan pihaknya bimbang angka itu meningkat terutama selepas pihaknya menerima 1,946 permohonan memiliki senjata api daripada individu berkepentingan di negeri itu.

Menurutnya, kebanyakan pemilik pistol juga kurang berkemahiran dan kurang arif mengenai penggunaan serta penyimpanan pistol mengikut cara yang betul.

"Sehubungan itu, saya menyarankan mereka belajar cara mengendali senjata api mereka di pusat latihan menembak bertauliah seperti yang ada di Seksyen 13, Shah Alam ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Pelancaran Galeri Tertutup, di Awin Shooting Academy, Seksyen 13, di sini, semalam.

Galeri berkenaan akan mengajar pemilik senjata api mengendalikan senjata mereka selain mengajar menembak dengan cara yang betul.

"Mereka juga akan ditunjukkan cara pembersihan senjata bermula daripada proses meleraikan hingga memasang," katanya.

Mohd Shukri berkata, pemilikan pistol penting bagi mereka yang berstatus tinggi untuk mempertahankan diri dan harta benda yang dimiliki, jadi ia adalah wajar untuk mempunyai kemahiran sebelum memiliki pistol supaya dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Awin Shooting Academy Datuk Mohd Nordin Idris berkata, galeri menembak tertutup itu sesuai bagi pemilik pistol berlesen untuk berlatih memahirkan diri menggunakan pistol yang dimiliki.

"Mereka akan selesa menjalani latihan di sini kerana ia tertutup dan berhawa dingin.

Keluarga kaki belit

 
Bab Umrah pun ada yang nak menipu....................aduhai................
Kuala Lumpur: Seorang pengendali syarikat umrah berusia 56 tahun dipercayai mengaut keuntungan suku juta ringgit apabila menipu dalam pakej umrah dengan turut mendapatkan khidmat tiga isterinya yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat.

Bagaimanapun, isteri pertama yang sebaya dengan suspek ditahan polis di rumahnya di ibu negara pada 9 April lalu selepas polis menerima laporan berhubung kegiatan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, polis masih memburu lelaki terbabit dan dua lagi isterinya berusia 47 dan 36 tahun untuk siasatan penipuan pakej umrah membabitkan lebih 100 mangsa.

"Mereka mendalangi penipuan itu dengan menawarkan pakej umrah pada harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Mereka dipercayai bergiat aktif sejak akhir tahun lalu kononnya untuk membantu orang berpendapatan sederhana.

Tuesday, 15 April 2014

Lelaki Miang

ADUHAI lelaki. Akalnya beribu, nafsunya satu. Apabila sampai pada peringkat umur tertentu, perangai miang mula menonjol. Barat kata, Life begin at 40.

Ketika peringkat inilah kaum lelaki mula berada pada kedudukan kewangan yang paling stabil malah berlebihan. Mereka ada kuasa di tempat kerja dan tidak kurang juga yang mencapai taraf hebat dalam perniagaan masing-masing.

Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan tahap 'macho' dan kegagahan lelaki. Apabila kuasa dan kestabilan hidup berada di tangannya, hormon testosteron yang mendorong dia menjadi sang pemburu mula berlebihan.

Minat memburu semakin membara tidak kisah ke arah apa pun baik dari segi hobi memancing, mengumpul barangan antik, motor kuasa besar dan macam-macam lagi termasuklah memburu nafsunya yang satu, iaitu wanita.

Dia akan memburu wanita cantik dan muda terutama sekali yang paling sukar untuk ditawan. Jika perkara ini tercapai, dia akan berasa kepuasan yang tidak terhingga.

Dia akan berbangga menceritakan kepada kawan-kawan mengenai kejayaannya memburu wanita-wanita cantik di luar.

Ini kerana, sang pemburu akan jadi lebih bermotivasi apabila dia berjaya meletakkan diri melebihi pencapaian saingan-saingannya.

Dia akan berusaha untuk menangkap mangsa dengan pelbagai cara dan taktik. Dengan semua kelebihan ada terutama sekali kewangan dan hormon yang tinggi, maka mudahlah dia melakukan pemburuan.

Dorongan untuk bermiang-miang juga semakin hebat, meski pun ada isteri cantik di rumah!

Itulah lelaki. Lelaki miang setepatnya. Bagi kaum wanita, belajarlah cara menangkis usaha golongan ini. Usah hairan jika anda salah seorang mangsa gangguan-gangguan lelaki miang di tempat kerja. Mereka hanya perlu ditebak dengan sikap tidak ambil peduli. Jika perlu, laporkan kepada pihak berkuasa atau majikan.

Dan bagi para isteri, ketahui bagaimana mengawal lelaki miang. Pelajari dan buat persediaan melangkah ke satu peringkat di mana suami anda bakal berada di tahap paling stabil dalam kehidupannya.

Apabila perubahan mula berputik, mulakan pelan kawalan anda. Tawan hatinya dan tenteramkan dia di syurga rumah tangga anda.

Jika segala-galanya telah anda lakukan namun tidak menampakkan jalan, muhasabah diri dengan kenyataan ini; Tak perlu teman sehebat Sulaiman, andai tidak secantik Balqis; tak perlu diharap yang setampan Yusof, andai kasih tak setulus Zulaikha; usah damba seteguh Ibrahim, andai tak sekuat Siti Hajar; Mengapa mahu bak Rasulullah, andai hati tak sesempurna Siti Khadijah.

Hargai apa yang kamu ada. Cari kebaikan dan kelebihan yang tersembunyi. Ada sebab mengapa dirimu dijodohkan dengan dia meskipun fitrahnya mengejar sesuatu yang lain.

Wanita Penghuni Neraka

SEBUAH hadis daripada Abdullah bin Umar RA katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakanlah istighfar iaitu memohon ampun kepada ALLAH SWT. Ini kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menghuni neraka."

Lalu seorang wanita di antara mereka bangkit bertanya kepada Nabi: "Wahai Rasulullah SAW, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?"

Baginda SAW bersabda: "Ini kerana kamu banyak mengingkari perintah suami. Maka aku tidak pernah melihat mereka yang kekurangan akal dan agama melainkan daripada golongan kamu.

"Wanita itu bertanya lagi: "Wahai Rasulullah SAW! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

"Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita adalah sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Adapun yang dimaksudkan dengan kekurangan agama ialah wanita yang tidak mendirikan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan disebabkan kedatangan haid."

Daripada pandangan mata kasar melihat golongan wanita itu lemah-lembutnya, namun apabila menyingkapkan maksud hadis berkenaan jelas betapa meremang bulu roma dan takutnya kepada seksaan ALLAH.

Wanita senang masuk syurga, mudah juga melangkah ke neraka!. Subhanallah.

Seseorang hawa itu jika patuh kepada setiap kata-kata suaminya, tidak meninggalkan suruhan ALLAH, tidak melakukan kemaksiatan dan pandai menjaga maruah keluarga  memudahkannya menjejak syurga idaman semua. Kerana itulah, dikatakan hikmahnya menjadi seorang perempuan.

WANITA adalah salah satu makhluk ciptaan ALLAH SWT yang indah dan berharga. Wanita jugalah sebenarnya yang akan menjadi pasangan kepada golongan lelaki yang bernama suami. Sebagaimana ALLAH menciptakan Hawa sebagai pasangan untuk Nabi Adam AS.

Malah beruntunglah bagi seorang lelaki atau suami, jika dia mempunyai isteri yang solehah sepertimana didambakan, pastinya akan menghiasi syurga dalam rumah tangga. Namun begitu terdapat hadis Nabi yang menyatakan bahawa ramai dalam kalangan wanita yang menghuni neraka ALLAH disebabkan perkara-perkara yang dilakukannya.

Isteri tidak hormat suami?

Dalam peristiwa solat gerhana matahari, Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya melaksanakan solat tersebut dalam tempoh waktu yang panjang.

Rasulullah SAW diperlihatkan oleh ALLAH keadaan syurga dan neraka. Ketika Baginda SAW melihat neraka, maka Baginda SAW bersabda kepada sahabatnya: "Aku diperlihatkan keadaan neraka yang mana aku tidak pernah melihat pemandangan seperti ini, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kaum wanita. Lalu para sahabat bertanya: "Mengapa berlakunya perkara sedemikian wahai Rasulullah SAW?"

Baginda SAW bersabda: "Ia disebabkan oleh kekufuran yang telah dilakukan oleh mereka."

Kemudian sahabat bertanya lagi: "Adakah mereka kufur kepada ALLAH?"

Baginda SAW menjawab: "Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) pasti dia akan berkata: 'Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan yang ada pada dirimu.' " (Riwayat Bukhari)

Eksekutif Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Islam dan Penerbitan al-Quran, Kumpulan Media Karangkraf, Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil berkata, merujuk kepada hadis tersebut, Nabi SAW menyatakan kepada kita bahawa ramai penghuni neraka terdiri dalam kalangan wanita.

"Sebab utamanya ialah, kebanyakan wanita atau isteri yang mengingkari perintah suami. Ini termasuklah derhaka kepada suami, tidak mengikut dan menurut perintah suami, serta meninggikan suara ketika berbicara dengan suami. Perkara-perkara sedemikian sebenarnya yang menyumbang dan menempah tiket untuk ke neraka. Mungkin perkara ini telah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita tanpa kita sedari.

"Sebagai contoh, apabila seorang wanita mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sesuatu organisasi, pendapatan jauh lebih lumayan daripada suami sedangkan suami hanya pekerja am biasa serta mempunyai gaji yang cukup-cukup makan sahaja, maka segalanya akan lebih terbeban pada wanita atau isteri. Bil-bil, sewa rumah, kereta, perbelanjaan harian serta anak-anak semuanya banyak ditanggung isteri berbanding suami," katanya kepada Rehal.

Menurutnya, di sinilah penghormatan kepada suami akan berkurangan, jika timbul perselisihan faham, isteri akan mengungkit apa yang telah dilakukannya dengan meninggikan suara terhadap suami. Paling teruk pula apabila menceritakan perihal dan keaiban suami kepada mereka yang tidak sepatutnya mengetahui perihal rumah tangga kita.

Mudahnya wanita ke syurga

Sebenarnya, bagi wanita yang menjadi isteri hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatan serta taat kepada suami, maka dia akan diberi pilihan oleh ALLAH untuk masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Riwayat Ahmad)

"Wanita atau isteri hanya boleh mengingkari perintah suami apabila suruhan tersebut membawa kepada keburukan, kejahatan, bahaya atau maksiat kepada ALLAH. Suruhan ini sama sekali tidak wajib dipatuhi oleh isteri dan tidak berdosa jika tidak melakukannya. Sebagai contoh suami yang pemalas, menyuruh isterinya mencuri atau merompak dan lebih malang menjual diri bagi mendapatkan kewangan untuk hidup.

"Apabila seorang suami melarang isterinya menunaikan solat dan membuka aurat sedangkan suruhan solat serta menutup aurat ini adalah perintah wajib daripada ALLAH. Suami sebegini dilihat dayus dan tidak ada tempat untuknya di syurga ALLAH jika tidak segera bertaubat," kata Ustaz Amiro lagi.

Menurutnya, sekiranya perintah suami itu membawa ketaatan kepada ALLAH pastinya wajib untuk isteri melaksanakannya walaupun dalam keadaan
terpaksa.

Apabila kita menyingkapkan ayat al-Quran terdapat ayat yang menceritakan mengenai kisah wanita yang kufur kepada suami mereka sedangkan suaminya beriman kepada ALLAH.

Juga terdapat wanita yang beriman kepada ALLAH di saat suaminya pula yang kufur kepada ALLAH dan Dia berfirman: "ALLAH mengemukakan satu perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) ALLAH, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".

Jelaslah di sini bahawa iman langsung tidak dapat diwarisi. Walaupun suami seorang yang beriman, bahkan nabi sekalipun, belum tentu isterinya beriman kepada ALLAH. Sementelah lagi, jika suami itu tidak beriman kepada ALLAH.

Sirah Nabi ada menyatakan, sejahat dan sezalim firaun sekalipun, belum tentu isterinya mengikut jejak langkah suaminya. Itulah aturan ALLAH  Maha Bijaksana. Marilah kita berusaha untuk menjadi seorang suami, isteri atau anak yang soleh agar syurga ALLAH menjadi milik kita insya-ALLAH.

Fibroid, ancaman wanita

Fibroid, ancaman wanita
 

WANITA berdepan pelbagai jenis penyakit antara ancamannya ialah ketumbuhan fibroid.

Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim bagaimanapun ia tidak berbahaya dan bukan sejenis kanser.

Hampir 20 hingga 40 peratus wanita dalam lingkungan usia 20 hingga 45 tahun berisiko berdepan masalah fibroid tetapi wanita yang akan hadapi masalah atau komplikasi fibroid adalah lebih kurang 10 ke 20 peratus sahaja yang diancam penyakit ini.

Fibroid tumbuh sama ada satu biji besar atau beberapa biji kecil tetapi dalam bilangan yang banyak. Bagaimanapun ia boleh membesar sehingga sebesar biji tembikai. Namun, belum dapat dipastikan sebab dan punca fibroid tumbuh.

Punca yang menyumbang kepada penyakit ini ialah ia lebih kerap dikesan kepada wanita yang tidak mempunyai anak atau lambat mendapat anak.

Selain itu, wanita berkulit gelap juga lebih terdedah kepada risiko fibroid, malah wanita yang didatangi haid di peringkat awal umur dan yang gemar memakan daging merah, kurang makan sayur serta buah-buahan.

Bukan itu sahaja wanita yang merokok dan mengambil minuman juga  berisiko mendapat fibroid. Antara faktor lain yang menyumbang ialah keturunan dan juga obesiti.


Hormon tidak seimbang

Ketidakseimbangan hormon mempengaruhi pertumbuhan fibroid, berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan fibroid itu membesar.

Hormon estrogen dan progesteron ialah dua hormon wanita yang menguasai kitaran haid.

Gejala fibroid antaranya ialah gangguan haid iaitu mengalami darah haid yang banyak dengan ketul darah, senggugut yang teruk, menekan pundi kencing sehingga menyebabkan kekerapan kencing bertambah.

Bukan itu sahaja, fibroid boleh mengakibatkan kemandulan, sakit pinggang, kadang kala sembelit. Sekiranya terlalu besar ia boleh menekan ureter iaitu saluran kencing dari buah pinggang ke pundi kencing yang akan menyebabkan buah pinggang bengkak. Lebih bahaya lagi ia boleh mengakibatkan rahim terjatuh atau turun ke bawah.

Kaedah paling efektif untuk mengesan ketumbuhan fibroid ialah melalui ultrasound. Kerana biasanya fibroid tidak akan menunjukkan sebarang simptom untuk kita ketahui tentang penyakit ini.

Oleh itu, elok untuk wanita membuat pemeriksaan papsmear dan ultrasound setiap tahun atau sekurang-kurangnya dua tahun sekali supaya fibroid dan juga cyts ovary boleh dikesan.

Kemandulan adalah satu komplikasi fibroid manakala 99 peratus fibroid adalah benign (bukan kanser) dan kebarangkalian fibroid menjadi kanser hanyalah satu peratus.

Bagaimanapun bukan semua fibroid yang dikesan melalui ultrasound memerlukan rawatan. Jika fibroid itu tidak memberi sebarang simptom ,ia boleh rawat secara konservatif.


Tetapi lawatan regular kena diteruskan.

Kebanyakan masa fibroid tidak akan menyebabkan masalah yang bahaya tetapi ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak di mana pesakit bolah dapat anemia.

Selain itu, satu lagi komplikasi yang bahaya adalah bila buah pinggang membengkak.

Sekiranya fibroid menunjukkan salah satu daripada simptom ia perlu dirawat dan rawatan yang paling sesuai adalah pembedahan untuk mengeluarkan fibroid itu.

Tetapi sekiranya wanita itu berusia lebih daripada 45tahun atau kurang tetapi telah menamatkan keluarga, selalunya kita akan nasihatkan untuk membuat 'hysterectomy' (buang rahim) kerana ia akan memberi rawatan yang kekal.

Bagaimanapun sekiranya wanita yang lebih muda dan masih aktif untuk mengandung, kita akan menasihatkan untuk' myomectomy' (membuang fibroid sahaja).

Selain itu, doktor akan memberikan ubat suntikan untuk mengecutkan rahim tetapi ia tidak akan menghilangkan fibroid sepenuhnya dan rawatan ini hanya boleh diberi untuk enam bulan.

Selalunya rawatan ini digunakan sebelum membuat pembedahan.

Pembedahan boleh dibuat secara 'laparotomy' atau laparoskopi ikut saiz dan kehendak pesakit.

HUDUD

POLEMIK mengenai undang-undang jenayah Islam (baca: hudud) tidak pernah sunyi daripada menjadi perbahasan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Dari sudut positifnya ia boleh menyemarakkan rasa ingin tahu masyarakat berkenaan undang-undang berkenaan.

Namun, dari satu sudut yang lain menggambarkan masyarakat Islam di negara ini khasnya belum cukup memahami hakikat hudud itu sendiri.

Masalah ketidakfahaman ini sangat logik dibangkitkan kerana perkara berkaitan jenayah Islam ini tidak diajar secara terbuka kepada masyarakat umum. Ia hanya dipelajari secara formal oleh mereka yang menjurus dalam bidang pengajian Islam khasnya jurusan syariah.

Pengajian kuliah-kuliah agama di masjid dan surau boleh dikatakan tidak mendedahkan jemaah berkenaan perkara ini berbanding dengan bab-bab lain dalam ilmu fiqh seperti bab taharah, solat, puasa dan ibadat-ibadat yang lain.

Hal yang sama juga berlaku kepada media arus perdana. Hampir tidak pernah dibincang, dikuliah, dan diforumkan berkenaan subjek hudud ini berbanding bab-bab lain yang disebutkan.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah mengapa masyarakat masih lagi tidak memahami bahawa dalam Islam ini terdapat satu peraturan yang mengawal peribadi daripada perlakuan jenayah, sekali gus menjamin keamanan dalam masyarakat (al-Baqarah, 2: 179).  

Tidak lama dahulu, seorang Adun dari sebuah negeri mencadangkan agar negerinya menjadi yang pertama melaksanakan hudud.

Selanjutnya, seorang ketua hakim syarie di salah sebuah negeri juga memberi komitmen bahawa mahkamah syariah negerinya bersedia dan berupaya untuk melaksanakan hukuman hudud yang telah pun diluluskan 'enakmennya' di negeri tersebut.

Terkini, menteri yang bertanggungjawab terhadap portfolio agama dalam sidang Parlimen berjanji bahawa Kerajaan Pusat akan memberikan komitmen penuh bagi mana-mana negeri yang hendak melaksanakan hukum ALLAH itu.

Mungkin dengan kenyataan tersebut Malaysia akan mengorak langkah menjadi negara kedua di Asia Tenggara yang melaksanakan undang-undang berkenaan selepas Brunei.

Pengalaman mengajar kursus-kursus yang berlatar belakangkan Islam kepada pelajar-pelajar bukan disiplin pengajian Islam, termasuk non-muslim, apabila diminta pandangan mereka mengenai kemungkinan hudud dilaksanakan di negara ini, boleh dikatakan jawapan mereka hampir sama.

Respons pertama ialah undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan kerana masyarakat kita majmuk.

Manakala respons kedua pula menyatakan mana mungkin undang-undang Islam ditegakkan sedangkan kita berada di negara yang meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi, dan sebarang undang-undang yang bercanggah dengannya adalah terbatal dan tidak boleh dilaksanakan. Mungkin jawapan dan respons pelajar-pelajar ini juga merupakan andaian umum masyarakat di Malaysia.

Berdasarkan kedudukan yang sedia ada kini iaitu bidang kuasa persekutuan sepertimana yang ditetapkan oleh Senarai Persekutuan Perlembagaan itu yang menyatakan bahawa hal ehwal jenayah adalah terletak di bawah persekutuan dan bukannya negeri, maka pelaksanaan hudud perlu diletakkan di bawah persekutuan dan bukannya negeri.

Cadangan ini adalah logik kerana, antara lain, pelaksanaan undang-undang jenayah memerlukan prasarana yang lengkap dan mencukupi termasuklah dari segi penguatkuasaan, penjara, perjawatan, perbelanjaan, dan seumpamanya. Ini sudah tentu tidak mampu atau sekurang-kurangnya sukar (sungguh pun tidak mustahil) dilakukan oleh kerajaan negeri.

Dari satu segi lain, struktur pentadbiran jenayah dapat diselaraskan dengan meletakkannya di bawah Kerajaan Persekutuan dan dalam masa sama keseluruhan rakyat tidak melihat adanya double standard dalam pelaksanaan undang-undang jenayah.

Cuma, pelaksanaan hudud di persekutuan mungkin boleh menimbulkan persoalan bidang kuasa kerana hukum tersebut dikategorikan sebagai 'jenayah agama' yang terletak dalam senarai negeri, sungguhpun terdapat beberapa jenis jenayah hudud yang pada masa kini ditangani di peringkat persekutuan (berasaskan Penal Code) seperti curi, rompak, dan (mungkin) bughah.

Namun, jika pelaksanaannya hendak diserahkan juga kepada bidang kuasa negeri, maka Parlimen hendaklah memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah yang tertakluk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984).

Akta tersebut yang kini memperuntukkan bahawa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah menjatuhkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau apa-apa denda sehingga RM5,000 atau sebat enam rotan atau gabungan kedua-dua hukuman perlu dipinda supaya mahkamah syariah boleh menjatuhkan hukuman sehingga ke peringkat hukuman mati (iaitu merangkumi semua jenis hukuman yang terdapat dalam hudud). Dengan kata lain, komitmen ahli-ahli Dewan Rakyat adalah perlu bagi memastikan pelaksanaan hudud boleh dibuat di peringkat negeri.


Dr Nasrul Hisyam Nor Muhamad
Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia

Pengguna Facebook, waspada pepijat Heartbleed

KUALA LUMPUR - Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat 'Heartbleed', iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.

Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.

Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.

Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.

"Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

"Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam.

Beliau berkata setiap pengguna laman sosial seperti Facebook perlu mempunyai kesedaran yang tinggi sebelum mendedahkan perkara berhubung kehidupan mereka di laman itu.

"Perlu diingat, sebelum memuat naik apa sahaja, biarlah ia bersifat umum, sebagai contoh tidak memuat naik gambar ahli keluarga supaya orang yang berniat jahat tidak mempunyai akses kepada maklumat kehidupan peribadi anda," katanya.

Sementara itu, laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuat naik amaran berhubung serangan pepijat Heartbleed awal minggu lalu.

Amaran bertarikh 8 April itu dikeluarkan kepada semua agensi dan syarikat telekomunikasi di negara ini bagi memperketat kawalan keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam menggunakan pepijat Heartbleed.

Menurut amaran itu, SKMM mengenal pasti 34 laman sesawang yang terjejas dan telahpun memaklumkan kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan sistem keselamatan masing-masing dengan segera.

SKMM turut menasihati pengguna Internet agar menukar kata laluan terutama pada akaun media sosial dan e-mel untuk tujuan keselamatan.

Untuk keterangan lanjut berkaitan pepijat Heartbleed, pengguna boleh melayari laman sesawang http://heartbleed.com. - Bernama

1,167 kakitangan awam ditawar peluang miliki rumah PPA1M

PUTRAJAYA: Cabutan undian Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) siri ketiga hari ini menyaksikan 1,167 kakitangan awam ditawarkan peluang memiliki rumah di Pangsapuri Jintan, Presint 16 dan Pangsapuri Melinjau, Presint 11, di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata cabutan undian PPA1M siri ketiga itu termasuk di bawah projek pembangunan PPA1M Fasa 1, yang menetapkan untuk membina 10,639 unit pangsapuri di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, dalam jangka masa lima tahun bermula tahun ini hingga 2018
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Cabutan Undian PPA1M Siri 3, di sini, hari ini.

Saham KL ditutup tinggi susulan minat bergilir ke atas saham harga rendah

Seorang peniaga berkata saham tempatan kembali tinggi dalam tempoh 10 minit terakhir dagangan hari ini untuk menutup kerugian awal, hasil minat bergilir-gilir ke atas saham berharga rendah dan saham bermodal kecil, mengimbangi aktiviti pengambilan untung ke atas saham mewah.


"Memandangkan pengambilan untung ke atas saham mewah dijangkakan berterusan dalam tempoh terdekat, minat belian kembali berhati-hati berikutan ketidaktentuan luaran, namun minat bergilir ke atas saham berharga rendah membantu mengekalkan minat dagangan," katanya.

Di papan mata, Indeks Perusahaan meningkat 3.79 mata kepada 3,200.2 dan Indeks Kewangan menokok 30.031 mata kepada 16,895.97 manakala Indeks Perladangan susut 24.19 mata kepada 8,953.75.

Indeks FBM Emas meningkat 23.36 mata kepada 12,860.91, Indeks FBMT100 meningkat 27.409 mata kepada 12,508.02, FBM 70 melonjak 75.9 mata kepada 14,119.5 dan Indeks Ace menokok 29.12 mata kepada 6,770.43.

Saham rugi mengatasi saham untung sebanyak 413 berbanding 406 manakala 344 kaunter tidak berubah, 464 tidak diniagakan dan 16 lagi digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 2.58 bilion saham bernilai RM2.5 bilion berbanding 2.02 bilion saham bernilai RM2.04 bilion pada Isnin.

Saham aktif, Talam Transform susut satu sen kepada 10 sen dan Marco Holdings susut setengah sen kepada 16.5 sen.

PDZ dan Frontken menokok satu sen kepada 15.5 sen dan 12 sen manakala Ingenuity Consolidated tidak berubah pada lapan sen.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank, CIMB dan Sime Darby masing-masing meningkat dua sen kepada RM9.79, RM7.40 dan RM9.30, dan Axiata menokok satu sen kepada RM6.60.

TNB susut enam sen kepada RM11.92.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.9 bilion unit bernilai RM2.32 bilion berbanding 1.4 bilion unit bernilai RM1.9 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 502.37 juta saham bernilai RM141.28 juta berbanding 472.91 juta saham bernilai RM113.5 juta semalam.

Waran meningkat kepada 161.94 juta unit bernilai RM27.21 juta berbanding 141.94 juta unit bernilai RM31.43 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 75.06 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 243.9 juta, pembinaan 98.7 juta, perdagangan dan perkhidmatan 734.99 juta, teknologi 108.39 juta, infrastruktur 16.83 juta, SPAC 20.2 juta, kewangan 60.9 juta, hotel 4.61 juta, hartanah 521.06 juta, perladangan 12.84 juta, perlombongan 81,100, REIT 8.23 juta dan dana tertutup 63,700. - BERNAMA

Jemaah Jauhi Masjid

OLEH kerana tidak tahan sering mendengar ceramah yang dikatakan 'menyimpang', Azrin (bukan nama sebenar) sanggup pergi ke masjid yang terletak lebih jauh dari rumahnya untuk menunaikan ibadat.

Meskipun terdapat surau yang berhampiran dengan rumahnya, namun ujarnya menjejakkan kaki di kawasan rumah ibadat itu dirasakan seperti serba tidak kena walaupun datang dengan tujuan sama seperti jemaah lain.

Tambahnya, niat asal untuk memperoleh keberkatan dan ganjaran pahala selain mengimarahkan rumah Allah SWT itu dengan aktiviti kemasyarakatan bertukar menjadi tempat yang menimbulkan api kebencian sesama penduduk setempat.

Ini apabila surau yang dibina bagi memudahkan penduduk setempat untuk beribadah serta memperoleh ilmu telah disalahgunakan seperti serampang dua mata yang dijadikan sebagai gelanggang menyebarkan fahaman politik.

"Sehingga menjadi program rutin yang diadakan setiap minggu apabila penceramah yang asalnya dipanggil untuk menyampaikan kuliah mula menyimpang dengan menuding jari menyalahkan atau mengagungkan sesuatu pihak," kongsinya.

Lebih menyedihkan katanya, perkataan kesat, mencela dan gelak tawa tiada batasan dianggap perkara biasa yang diamalkan di dalam rumah ibadah.

Kesannya, masjid yang dibina sebagai rumah ibadah bagi umat Islam memperoleh keberkatan dan ganjaran pahala bertukar sebaliknya menjadi sarang membuat dosa.

Begitu juga ada yang mengatakan sering disindir dan dipandang serong oleh segelintir jemaah berikutan berlainan fahaman serta tidak mengikuti ceramah yang diadakan.

Oleh kerana tiada pilihan, sindiran itu terpaksa ditahan dengan memperbetulkan niat untuk menunaikan ibadah hanya kerana Allah SWT.

Mentaliti kelas ketiga

Mengakui kes-kes yang berlaku, Imam Masjid Negara, Azhar Tuarno menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menjadikan masjid sebagai landasan berpolitik kepartian sebagai golongan bermentaliti kelas ketiga.

Ia katanya, kerana masjid yang sepatutnya digunakan sebagai pusat penyatuan umat Islam disalahguna sehingga mengakibatkan perpecahan hanya disebabkan perselisihan kecil.

"Jika dilihat pada zaman Rasulullah SAW, politik memang ada diamalkan dalam Islam. Namun kita perlu jelas apa yang dimaksudkan dengan berpolitik itu. Baginda menggunakan masjid sebagai markas pemerintahan Islam, hubungan antarabangsa dan sebagainya untuk menyatupadukan ummah.

"Namun, apa yang berlaku pada hari ini adalah, masyarakat menyalah tafsirkan erti politik itu dengan melakukan untuk tujuan politik kepartian. Ini dilarang sama sekali kerana boleh melahirkan rasa benci dan tidak puas hati dalam kalangan jemaah yang berlainan fahaman.

"Ini menunjukkan kedangkalan dan ceteknya pemikiran kita dalam berpolitik sehingga membabitkan rumah ibadat. Di mana lagi tempat kita nak bersama kalau semua tempat dijadikan medium perpecahan," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Perkara itu tambahnya, hanya menjejaskan institusi masjid yang dibina bagi menjadi pusat ibadah dan aktiviti umat Islam apabila dijadikan sebagai sarang mengumpul dosa.

"Sebagai contoh, jika pergi ke luar negara, mengapa kita boleh mengikut setiap perbuatan solat di masjid tersebut walaupun berlainan mazhab, tetapi di negara ini yang majoriti mengamalkan mazhab sama kita perlu berpecah jemaah.

"Sepatutnya masjid atau rumah ibadah digunakan sebagai tempat menyucikan hati dan melakukan pelbagai kegiatan berfaedah dalam usaha menyatukan perpecahan yang berlaku di luar, bukan tempat menyakitkan hati atau sebaliknya membawa perpecahan daripada luar.

"Apabila menyentuh hal politik dikhuatiri cenderung menjadi medan keji-mengeji. Jika betul sekalipun, bercakap keburukan orang adalah mengumpat, kalau tidak betul ia menjadi fitnah. Lebih membahayakan apabila dilakukan di dalam rumah ibadah," jelasnya.

Awasi penceramah

Berkongsi kes sama yang berlaku, Azhar berkata, terdapat kes jemaah terpaksa memilih masjid lain yang lebih jauh dari tempat tinggal kerana tidak tahan terhadap masjid yang menyeleweng.

"Ada yang mendakwa perkara itu dilakukan oleh penceramah jemputan yang dipanggil untuk memberikan kuliah. Dikatakan mereka tidak menjurus kepada pengajian sebaliknya menyeleweng seperti mengaitkan contoh yang disampaikan dengan menuding jari kepada pihak lain.

"Begitu juga pihak pengurusan masjid yang tidak mengambil kira sensitiviti itu terhadap jemaah lain dan dengan mengizinkan perkara itu berlaku.

"Sehingga menyebabkan jemaah yang berlainan ideologi berkecil hati lalu meninggalkan masjid tersebut dan kesannya, hanya mengurangkan sebilangan jemaah. Malah, sehingga turut berlaku orang melabel-labelkan masjid," katanya.

Walaupun tambahnya, semua jemaah di sesuatu kariah itu mempunyai fahaman yang sama, namun tetap tidak boleh dijadikan ruang rumah ibadat untuk dijadikan sebagai medan berpolitik.

"Masjid bukan tempat meningkatkan sentimen atau fahaman sebaliknya menaikkan semangat ilmu. Apa yang lemah dalam masyarakat kita adalah ilmu pengetahuan, bukan ideologi politik kerana sudah terdapat bermacam-macam medium lain digunakan untuk berpolitik.

"Kita perlu mengutamakan yang wajib. Mengeratkan perpaduan dan persaudaraan adalah wajib sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya. (riwayat Muslim)

"Justeru, memutuskan hubungan antara jemaah adalah berdosa. Ia juga sebagaimana hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim," jelasnya.



Dulu Gereja KIni Masjid

MASJID akan terus wujud di atas muka bumi ini..."

Satu kenyataan yang terjadi di United Kingdom (UK) pada hari ini. Populasi penduduk Muslim yang semakin bertambah setiap hari itu telah mengalih fungsi tempat ibadah agama lain menjadi sebuah masjid.

Di UK, tidak semua masjid yang ada ketika ini adalah dibina di atas tanah kosong, khususnya yang mempunyai reka bentuk tempatan. Tetapi ia telah dibeli oleh komuniti Islam setelah tempat ibadah agama lain itu terbiar kosong dalam tempoh yang agak lama.

Ia juga sejajar dengan pertambahan jumlah penganut Islam, sama ada warga tempatan atau pendatang di sesebuah kawasan di UK itu sehingga sejumlah gereja yang ditinggalkan oleh penganut Kristian telah dialihfungsikan menjadi masjid.

Berikut beberapa bangunan yang dahulunya adalah gereja yang terletak di pelbagai bandar di UK yang telah ditransformasikan menjadi institusi masjid.

Masjid Zakariyya, Bolton

DI Peace Street 20, Bolton, berdiri sebuah bangunan besar berkubah dan dilengkapi dengan menara yang tinggi. Tempat itu dikunjungi ramai warga Bolton, terutama yang memeluk Islam bagi menunaikan solat, termasuk solat Jumaat dan bangunan itu dikenali sebagai Masjid Zakariyya.

Sejarah masjid itu bukanlah satu kisah yang singkat. Antara 1965 hingga 1967, penganut agama Islam di Bolton dan Blackburn tidak mempunyai tempat yang kekal untuk melaksanakan ibadah solat, termasuk solat Jumaat.

Sehinggakan untuk melakukan solat Jumaat, mereka terpaksa menggunakan The Aspinal, sebuah disko dan tempat majlis tari-menari yang 'hidup' pada sebelah malam. Namun, pada setiap Jumaat tempat tersebut akan dibersihkan oleh para sukarelawan untuk tujuan menunaikan solat Jumaat.

Menyedari peningkatan jumlah jemaah yang semakin bertambah dari semasa ke semasa, maka sekumpulan penganut Islam telah memulakan langkah mencari bangunan yang sesuai untuk dijadikan masjid dan sekali gus sebagai pusat Islam di kawasan itu.

Maka pada 1967, ada penawaran bagi pembelian sebuah bangunan bekas gereja komuniti Methodist yang terpaksa dijual kerana terbakar. Dengan dana sebesar GBP$2,750 (RM 14,780) hasil sumbangan daripada komuniti Muslim setempat, akhirnya bangunan bekas gereja itu telah menjadi milik umat Islam.



Hijab Bukan Hanya Kerana Fesyen

MINGGU lalu, ketika penulis sedang asyik membelek satu persatu gambar di laman Instagram, terpegun apabila terlihat wajah ayu seorang artis yang sebelum ini berimej agak seksi, tampil dengan imej bertudung.

Justeru, tanpa berlengah, penulis terus mencapai telefon menghubungi pelakon berdarah kacukan, Nabilah Ali Dally, 22 atau Bella Dally untuk mendapatkan kepastian mengenai hal tersebut sama ada ia benar-benar berlaku atau sekadar menjayakan watak gadis bertudung dalam drama lakonannya.

Bella apabila dihubungi mengakui mula mengenakan hijab sepenuhnya sejak Rabu lalu dan menerangkan segalanya berlaku dalam sekelip mata.

Sejak awal tahun lagi, Bella memang dia berhasrat untuk berhijab tetapi niat tersebut terpaksa ditunda memandangkan terlibat dalam penggambaran sebuah drama yang membawakan watak gadis tanpa tudung.

"Jadi, nanti saya tak nak orang kata sekejap bertudung, sekejap sudah hilang tudung. Lebih baik saya selesaikan dahulu penggambaran tersebut dan menetapkan pendirian saya. Isu pakai tudung ini bukannya sesuatu yang boleh dibuat suka-suka, tetapi perlu ikhlas dan berkekalan.

"Dua minggu lalu, selepas penggambaran tamat, saya mula buat persiapan untuk menunaikan hasrat itu. Alhamdulillah, Rabu lepas, apabila bangun tidur, terdetik untuk mencapai tudung ketika ingin keluar rumah," katanya menceritakan detik awal penghijrahannya itu. Bella secara jujur turut memberitahu, perubahan positif ini tidak ada kena mengena dengan orang lain, melainkan datang daripada sudut hati sendiri.

"Saya boleh katakan semuanya ini kerana didorong oleh Allah. Apabila saya memuat naik gambar imej terbaharu ini dan berkongsi dengan ramai orang, Alhamdulillah saya mendapat maklum balas yang sangat baik.

"Peminat begitu menyokong dan memberi kata-kata semangat. Saya amat menghargai sokongan tersebut dan berharap diri ini mampu mengekalkannya selama-lamanya.

"Boleh dikatakan, hampir keseluruhan gambar lama saya tidak bertudung telah dikeluarkan daripada laman sosial saya. Kalau ada pun, mungkin di blog-blog dan internet. Itu di luar bidang kuasa saya," kata anak kelahiran Kota Kinabalu ini.

Disebabkan perubahan mendadak yang dilakukannya, Bella berharap peminat dapat memaafkannya jika masih lagi menonton drama-drama lakonannya dalam imej lama.

"Itu adalah diri saya sebelum ini dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya daripada disiarkan. Biarlah ia menjadi sejarah dan saya cuba sedaya mungkin untuk tidak kembali dengan imej lama. Semoga saya akan selamanya bertudung," katanya

Membolehkan pelaksanaan hudud

USUL PINDAAN UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD

SEBAB itu, sejak menjadi Ahli Parlimen bagi Parlimen Kulim Bandar-Baharu mulai 2008 hingga 2013 saya telah secara konsisten selama lima tahun mengemukakan usul ke dalam Parlimen dengan usul seperti berikut (boleh disemak dengan rekod pejabat Setiausaha bagi Dewan Rakyat):

1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan mengambil langkah supaya Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan membuang perkataan seperti berikut:-

'…tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan…' dan diganti dengan perkataan berikut;

'dan mempunyai bidang kuasa mengenai apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan didalam dan menurut hukum syara' dan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas dan ta'zir) termasuk membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum syara' dan undang-undang Islam serta melaksana dan menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang dikeluarkannya'.

Dan proviso kepada Seksyen 2, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) hendaklah dipinda bersesuaian dengan pindaan kepada Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan di atas dan hendaklah berbunyi seperti berikut:

Mahkamah Syariah itu hendaklah mempunyai bidang kuasa mengenai apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan di dalam dan menurut hukum syara' dan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas dan ta'zir) termasuk membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum syara' dan undang-undang Islam serta melaksana dan menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang dikeluarkannya.

Bahawa Dewan ini mengambil maklum umat Islam wajib melaksanakan syariat Islam termasuk undang-undang jenayahnya atau jinayat seperti hudud, qisas dan ta'zir tanpa sebarang pengubahsuaian dan pindaan seperti yang berlaku sekarang dan Dewan mengambil maklum bahawa kegagalan melaksanakan sistem perundangan Islam sepenuhnya ini boleh menjejaskan akidah umat Islam."

Berbeza dengan pandangan popular, saya berpendapat bagi membolehkan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dilaksanakan untuk membolehkan hudud dilaksanakan, ia tidak memerlukan undi dua pertiga majoriti. Sebenarnya cukup sekadar dengan majoriti mudah 112 undi dalam kalangan 222 Ahli Parlimen sedia ada.

JUMLAH AHLI PARLIMEN ISLAM CUKUP UNTUK PELAKSANAAN HUDUD

Dan jika dilihat dalam konteks itu, sebenarnya pindaan itu boleh dilakukan bagi sesi Parlimen kali ini kerana kita mempunyai jumlah Ahli Parlimen beragama Islam yang mencukupi iaitu UMNO (81), Pas (24) dan PKR (15), menjadikan jumlah 120 orang. Jika ditambah dengan Ahli Parlimen Islam lain termasuk daripada PBB dan lain-lain, jumlah Ahli Parlimen beragama Islam yang ada adalah lebih daripada mencukupi.

Sebab itu untuk merealisasikan impian Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hudud, usulnya mesti datang daripada Ahli Parlimen Pas terutama dari Kelantan. Tetapi Pas secara bersendirian tidak mungkin dapat membentangkan usul hudud tanpa bantuan dan sokongan Ahli Parlimen beragama Islam daripada UMNO dan PKR.

Malahan sebenarnya UMNO mahupun PKR masing-masing secara bersendirian tidak mungkin dapat membentangkan usul hudud tanpa bantuan dan sokongan Pas. Apa yang penting kerjasama antara semua Ahli Parlimen beragama Islam daripada UMNO, Pas, PKR dan lain-lain parti.

CADANGAN

Memandangkan dua parti utama umat Melayu-Islam sudah bersetuju, maka apa yang penting sekarang ialah sebuah Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Hudud, Qisas dan Ta'zir peringkat pimpinan tinggi ditubuhkan segera di antara UMNO-Pas-PKR-PBB untuk mendraf dan memperhalusi suatu Usul Pelaksanaan Undang-Undang Jinayat Hudud, Qisas dan Ta'zir yang mahu dibentangkan ke dalam Dewan Rakyat, dan yang paling penting Jawatankuasa ini mesti memastikan mendapat jumlah sokongan daripada Ahli Parlimen masing-masing yang cukup untuk mendapatkan majoriti yang diperlukan bila ia dibentangkan kelak;

Saya juga mencadangkan satu Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Hudud, Qisas dan Ta'zir dengan keanggotaan daripada pakar syariah, undang-undang sivil, kehakiman dan guaman syariah dan sivil dan para ulama' sama ada mereka dari dalam negeri mahupun dari luar membincangkan dan memperhalusi draf Undang-Undang Jinayat Hudud, Qisas dan Ta'zir untuk memastikan supaya ia benar-benar mematuhi peruntukan seperti ditetapkan oleh al-Quran dan hadis ditubuhkan;

Juga sebuah Jawatankuasa Penguatkuasaan Hukuman Hudud, Qisas dan Ta'zir perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan menggubal pelaksanaan hukuman hudud, qisas dan ta'zir dengan keanggotaan daripada pihak kehakiman dan guaman (sivil dan syariah), Polis, Penjara dan badan-badan penguatkuasaan lain termasuk dari negara yang sudah punya pengalaman dalam pelaksanaan hudud, qisas dan ta'zir seperti Arab Saudi, Pakistan, Aceh dan lain-lain;

RUMUSAN

Saya sebenarnya melihat tercetusnya isu hudud mutakhir ini sebagai satu ujian ukhuwah dan kesatuan umat Islam di Malaysia.

Isu hudud telah sekian lama dijadikan modal politik oleh segelintir pihak di dalam Pas bagi menghalang impian mencapai kesatuan dan perpaduan umat Melayu-Islam di Malaysia. Hudud adalah zikir harian Pas. Siang malam, pagi petang tidak kira masa dan tempat, para penceramah Pas sentiasa menjadikan hudud sebagai modal membelasah UMNO.

Walaupun Pas sendiri tidak pernah melaksanakan hudud walaupun diberi amanah memerintah Kelantan selama 23 tahun; walaupun ada pimpinan Pas sendiri yang tidak bersetuju mahu melaksanakan hudud; malah rakan sekongkol Pas iaitu PKR menentang pelaksanaan hudud.

Malah Pas sebagai rakan kongsi pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas telah bersetuju dengan Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang 20 November 2009 bahawa pelaksanaan hudud, qisas dan ta'zir tidak termasuk di dalam agenda pembangkang jika membentuk kerajaan; namun Pas masih terus-menerus menjadikan UMNO sebagai kambing hitam.

Malah ukhuwah dan kesatuan umat Melayu-Islam menjadi parah apabila berlaku peristiwa kafir-mengkafir oleh ahli dan pengikut Pas terhadap ahli UMNO akibat daripada isu Amanat Hadi Awang 1981 yang antara lain menyentuh isu kegagalan UMNO melaksanakan hudud dan kononnya mengekalkan 'Perlembagaan penjajah'!

Walaupun Datuk Seri Hadi Awang sendiri pada 18 Ogos 2003 menyatakan dalam Amanat Pemangku Presiden bahawa demi untuk kesinambungan talian-hayat politik pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas dalam menghadapi PRU-12, Pas bersedia menerima dan akan melaksanakan Perlembagaan Persekutuan seperti sedia ada!

Malahan, kekeliruan pelaksanaan hudud timbul kerana para penceramah Pas dalam siri-siri ceramah mereka hanya menumpu kepada hudud, sedangkan dalam syariat Islam sekiranya hudud tidak dapat dilaksanakan akibat beberapa kekangan yang ada, maka kesalahan hudud itu boleh dibicarakan dan dihukum dengan hukuman ta'zir. Ini terkandung dalam Seksyen 50 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002 yang digubal oleh Kerajaan Pas Terengganu.

Dan kesalahan ta'zir inilah yang terkandung di dalam segala undang-undang dalam negara ini sama ada Kanun Keseksaan, Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri seperti yang saya sebut di atas. Maka sepatutnya tidak timbul soal kafir-mengkafir atau pun keengganan untuk bersatu dalam kalangan umat Melayu-Islam hanya kerana hudud belum dilaksanakan.

Adakah kita akan mengkafirkan sahabat Nabi iaitu Saidina 'Umar r.a yang jelas di dalam sirah semasa memegang amanah jawatan sebagai Khalifah telah menggantung pelaksanaan hudud kerana kekangan pada waktu itu tidak memungkinkan pelaksanaan hudud?

Sebab itu, apabila kepimpinan UMNO dan Pas sebagai dua parti besar yang mewakili umat Melayu-Islam kini membawa satu suara dalam perjuangan untuk melaksanakan hudud, saya percaya ini adalah satu permulaan yang baik dan hasanah bagi umat Melayu-Islam di Malaysia terutamanya dalam soal ukhuwah dan perpaduan.

Apa yang penting sekarang kedua-dua pihak mengambil sikap ikhlas, husnul-dhan dan bersangka baik terhadap satu sama lain, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan cita-cita untuk pelaksanaan hudud dalam negara ini boleh dicapai.

Dan lakukanlah itu bukan untuk mendapat political mileage, atau untuk sebarang jawatan, kedudukan, kuasa, harta atau habuan. Jangan jadikan hudud sebagai talian-hayat politik kepartian masing-masing; tetapi jadikan usaha ini sebagai jalan mencari keredaan Allah dengan ikhlas.